Minda Bawah Sedar (MBS) memiliki 88% potensi dalam mempengaruhi kehidupan seharian kita berbanding Minda Sedar. Operasinya juga sungguh luar biasa. Jika minda sedar mempunyai batasannya, minda bawah sedar pula berkeupayaan lebih daripada itu.

 

subconscious-mind-conscious-mind-88-12

Bawah sedar secara semulajadi berfungsi mengendalikan hampir kesemua aktiviti dalaman kita. Ia juga dikenali sebagai Minda Segar. Apa yang dilakukan oleh minda bawah sedar kebanyakannya tidak kita sedari, namun ia tetap menjalankan aktivitinya.

Fikiran yang terikat dengan logik atau penggunaan Intelektual otak kiri (IQ) adalah keadaan minda sedar. Manakala fikiran yang secara kreatif, cepat, solusi, imaginasi dan yang berkaitan dengan otak kanan (EQ) termasuklah emosi atau perasaan adalah keadaan minda bawah sedar.

The-Brains-Three-Processing-Modes

brain development

 

PERAKAM TERBAIK & MERANGKUMI SISTEM KEPERCAYAAN

Sistem kepercayaan dan penyimpanan data kekal terletak pada dasar bawah sedar. Malah, ia merakamkan setiap sesuatu dalam kehidupan kita secara tanpa sedar. Mahu tahu apa yang penting tentang bawah sedar kita?

Secara mudah saya jelaskan, bawah sedar adalah penjana kuasa tindakan dan sikap. Adakah kita mempunyai pelbagai sikap dan pelbagai cara dalam melakukan sesuatu? Sebagai contoh;

Bagaimana menurut Anda cara untuk capai sukses dalam kehidupan? Rata-rata orang menjawab “Usaha”.

Tapi.. bila diajukan soalan, “Apa yang kamu faham tentang usaha? Usaha yang macam mana mengikut pandangan kamu?”

Keluarlah data program fikiran bawah sedar yang mereka miliki dengan pelbagai pernyataan atau penjelasan caranya.

“Saya perlu kerja lebih masa.”

“Cari duit tepi dengan berniaga.”

Dan macam-macam lagi penjelasan.

Tahukah pembaca sekalian, penjelasan yang terpacul keluar itu berdasarkan data yang sudah ada dalam fikiran bawah sedarnya dan telah menjadi sebuah kepercayaan. Itu juga menjelaskan tahap pengetahuan seseorang dan begitulah tindakan yang akan ia lakukan bagi mencapai matlamatnya.

Adakah dengan usaha berdasarkan pengetahuan seperti tadi itu cukup untuk sukses?

Jawapannya ‘Tidak!’. Solusinya adalah, kita perlu naik taraf diri kita dengan ilmu pengetahuan. Daripada ilmu atau data itulah, sikap dan tindakan kita berubah menjadi yang lebih baik atau sebaliknya. Kerana kita tetap terikat dengan yang namanya PILIHAN. Sebab itulah ada yang berbuat baik dan ada pula sebaliknya. Bergantung kepada apa yang dicerap oleh bawah sedar.

BAWAH SEDAR DIPENGARUHI SETIAP MASA

Ini adalah perkara yang perlu diketahui. Bawah sedar itu dipengaruhi setiap masa oleh keadaan sekeliling kita. Dipengaruhi dengan pelbagai informasi walaupun kita tidak fokus pada perkara tersebut.

Jika tadi kita telah memahami bahawa bawah sedar menjana kuasa tindakan dan sikap. Bermakna, apa yang masuk ke bawah sedar akan diproses menjadi tindakan dan sikap.

DATA (INPUT) > BAWAH SEDAR > TINDAKAN/SIKAP (HASIL)

mind body

Apa yang mempengaruhi bawah sedar?

  • Kata-kata
    – tidak kira baik atau sebaliknya. Kita yang berkata-kata atau sekadar mendengar kata-kata orang lain. Bawah sedar tidak ada masa mempersoalkan sesuatu yang kita berikan kepadanya. Setelah ia terima, proses selanjutnya akan berlaku. Bukankah kata-kata itu DOA?
  • Penglihatan / Pendengaran
    – Indra utama ini mampu mengirimkan data masuk terus ke bawah sedar secara tanpa kita sedar.
  • Perilaku
    – tidak kira sama ada perilaku kita, orang sekeliling kita atau di kaca televisyen sekalipun. Data tentang perilaku itu mampu masuk ke bawah sedar dan diproses menjadi sebahagian daripada diri kita. Secara tidak sedar, kita ada perilaku tersebut!
  • Sangkaan
    – jangan suka bersangka yang negatif. Kerana ia mempengaruhi bawah sedar. Setiap sangkaan buruk kita pasti mempengaruhi sikap dan tindakan kita.
  • Self Talk
    – bercakap dengan diri sendiri. Bisikan negatif dalam diri. Setiap hari kita berbual-bual sendirian. Perkara ini adalah Self Hypnosis.

 

 Imaginasi itu lebih penting daripada pengetahuan”
– Albert einstein

Mengapakah beliau mengatakan imaginasi lebih penting daripada pengetahuan?

Imaginasi mempengaruhi bawah sedar. Ketika kita dalam keadaan bawah sedar, operasi otak kanan aktif dan indra tambahan dalam diri kita dibangkitkan. Bawah sedar mencerap imaginasi kita dan memprosesnya kepada perasaan, tindakan serta sikap bagi menjadikannya sebuah kenyataan.

Namun, ramai yang salah faham. Mereka fikir dengan hanya berimaginasi boleh mendatangkan apa yang di impikan secara magik! Saya jelaskan bagaimana prosesnya berlaku.

Jika tadi bawah sedar mencerap imaginasi kita. Maka, secara automatik sikap serta tindakan kita dilahirkan. Bagi mencapai tujuan kita, tindakan atau sikap yang dilahirkan adalah menuju kepada melengkapkan informasi agar terwujudlah apa yang kita imaginasikan.

Sebagai contoh mudah, ini proses secara logiknya;

Kita ingin bina sebuah bangunan. Fikirkan, imaginasikan sebuah bangunan yang kita inginkan. Bawah sedar akan melahirkan tindakan dan sikap kita agar melengkapkan diri dengan sumber atau pengetahuan bagi membina bangunan itu secara kita tidak sedar. Setelah bangunan itu diproses bina, baru kita tersedar bahawa kita pernah berangan-angan dan memikirkan tentang bangunan itu sebelum ini.

Atau, apa yang kita imaginasikan akan diproses menjadi tindakan yakni melukis atau melakarkannya. Setelah melakarkannya, proses lanjutan akan berlaku sehinggalah ia menjadi realiti.

 

Rahsia kekuatan fikiran bawah sedar. Terletaknya kebijaksanaan, kekuatan, persediaan untuk keperluan diri yang tidak terbatas. Dengan izinnya mampu meraih sukses, kesihatan & kebahagiaan. Hanya menanti untuk dibangkitkan dan diugkapkan. – Edi Sugianto

 

BAGAIMANA MENGENDALI DAN MENGUASAI KUASA MINDA BAWAH SEDAR?

Terlalu besar manfaat bawah sedar jika kita kenal dan tahu tentang potensinya. Pelajari dan kuasainya dengan lebih lagi melalui pakej ebook penulisan saya sendiri > KLIK SINI

(‘Like’ jika sudah selesai baca. ‘Share’ seandainya ini bermakna dan bermanfaat untuk orang lain)

Minda Bawah Sedar (MBS)
Tagged on: