Hypnovengers Academy (JM0742447-P ) telah didaftarkan sejak 22 Oktober 2015 oleh Pengasasnya iaitu Mohd Farhan Izwan Bin Sulaiman. Dibangunkan atas idea bersama antara Mohd Farhan Izwan dan pengasas kepada Riches Master Resources (JM0631452-X) iaitu Shahrain Remeli atau lebih dikenali sebagai Master Rey.

 

Hypnovengers Academy adalah jenama peneraju dunia Hipnosis Kejayaan. Melatih dan melahirkan ahli Hipnosis dari pelbagai bidang. Aktif menjalankan kerja-kerja hipnotik untuk kejayaan. Fokus kami membantu melahirkan individu atau kumpulan mahir mengenai seni komunikasi efektif bawah sedar, iaitu Hipnosis.

 

Pihak Hypnovengers Academy juga telah melantik pihak Riches Master Resources sebagai ejen jualan dan penganjur program rasmi bagi Hypnovengers Academy. Sebarang penyertaan atau pembelian berkaitan program dan produk Hypnovengers Academy, tuan puan boleh terus berhubung dengan pihak Riches Master Resources di www.hypnoticworks.net atau www.hipnotis.my

 

Antara perniagaan atau servis yang dijalankan adalah,

Seminar, Bengkel Minda Bawah Sedar, Mengedar dan menjual pakaian, Percetakan digital, Pusat rawatan terapi minda, Pusat rawatan hipnoterapi dan pengurusan majlis.

 

Penafian : Program pentauliahan Hipnosis dan Hipnoterapi kami adalah program bersifat bukan akademik dan bukan klinikal. Ia adalah program latihan berkenaan pembangunan diri, motivasi, kemahiran komunikasi dan untuk kejayaan berdasarkan pengalaman, kemahiran pelatih dan rekod kejayaan para alumni atau klien kami.

Latarbelakang tenaga pengajar adalah dari pelbagai kemahiran atau pentauliahan, antaranya pengajar Hipnosis dan ahli sah dari The Indonesian Board of Hypnotherapy (IBH) iaitu sekolah terbesar asia yang aktif tentang Hipnosis dan Hipnoterapi.

*Persijilan yang diberikan oleh pihak kami tidak sah diperlakukan untuk tujuan klinikal, mengajar atau melatih. Tuan puan hanya dapat mengajar dan melatih sekiranya mendaftar sebagai Trainer kami. Persijilan kami kepada tuan puan adalah sekadar bukti keahlian dan pengesahan keterampilan bahawa sudah menjalani latihan bersama kami. Pihak kami juga tidak mengeluarkan persijilan dari badan atau institusi lainnya. Kecuali jika ada promosi atau tawaran terkini yang kami maklumkan bersama dengan iklan program.

Sekiranya berminat untuk didaftarkan keahlian ke IBH, pihak kami boleh membantu dengan caj serendah RM250. Itu pun setelah tuan puan menjalani dan melengkapkan latihan dalam program kami. Kerana kami tidak menjual sijil untuk kepentingan peribadi.

 

Sedia maklum,
Pengasas Hypnovengers Academy